RENUNGAN :: SAHABAT! APABILA DUA INSAN BERKONSI SEGALA MIMPI,PENDAPAT,KETAKUTAN,KEGEMBIRAAN DAN SEDIHAN MEREKA BARU LAH DI NAMA KAN SAHABAT YANG SEJATI ::

Thursday, August 5, 2010

Minggu Aktiviti

Tahun ni Minggu Aktiviti berjalan ngan meriah gak. Ni first time bersama-sama di tempat baru. So new experience gak dapat di PS. Apa2 pun yg kawe handle dah beres (Kawad).Ni still zz ngan aktiviti pelajar lg. Caiyooo...

Monday, July 12, 2010

Bola Oh Bola

Eeemmm...smalam penamat segala ketidaktentuan tido Chigu. Malang sekali yang disokong tak menang pun. Tp takpe kita bagi 'chance' kat Spain sbb sane byk gak player kelab Chigu - Barcelona. Pasni plak Chigu pun bertarung bulan August ada ujian pertama. Minta2 sume berjalan OK....EXAM daaa....heheheee. wish me luck. Yang kalah bola jangan sedih sbb kena gak keje pun bagi yang menang kan2...

Monday, June 21, 2010

Back To School

After being cuti2 Sem 1 (walaupun chigu x becuti pun waaaaa...), terasa banyak benda tak tersettel lagi tu. Baru td dok antar material nak bt jadik references time ngajar nt. Ape2 pun mmg nak komen n update this blog after settle few thing neh...SELAMAT KEJE...

Tuesday, June 15, 2010

Debaran!

Cerita ni tercetus dikala sedang menunggu gilir untuk present blog neh. Berdebar-debar jugaklah menunggu tu....tgk blog2 kengkawan banyak yang best2 jugak. Tak sia2 pensyarah mengajar, banyak dah ilmu dipraktikkan dalam membuat blog tu. Kengkawan pun hebat2 belaka dengan penghasilan blog yang canggih. Saat neh saya masih menunggu giliran lagi pun. Sambil2 fikir nt nak cakap aper.....TUNGGU jelah! Wish Me Luck.

Monday, June 14, 2010

FPK


Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1988 telah dikemaskinikan. FPN menerusi Akta Pendidikan 1996 melakukan sedikit penambahan perkataan namun sifatnya yang mantap masih dikekalkan. FPN seterusnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
(Kementerian Pelajaran Malaysia 1996