RENUNGAN :: SAHABAT! APABILA DUA INSAN BERKONSI SEGALA MIMPI,PENDAPAT,KETAKUTAN,KEGEMBIRAAN DAN SEDIHAN MEREKA BARU LAH DI NAMA KAN SAHABAT YANG SEJATI ::

Thursday, March 5, 2020

Persetiaan Pengakap Dan Undang-undang

Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan : Taat kepada Tuhan, raja dan negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut undang-undang pengakap. Undang-undang Pengakap 1.Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan diri.(Dipercayai) 2.Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya.(Taat) 3.Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.(Berguna) 4.Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.(Bersaudara) 5.Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.(Berbudi) 6.Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.(Kasihkan Binatang) 7.Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrol atau pemimpin-pemimpin pengakap tanpa apa-apa soalan.(Menurut Perintah) 8.Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.(Tabah Hati) 9.Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat.(Berjimat) 10.Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.(Suci Fikiran, Perkataan dan Perbuatan)

Sejarah Pengakap Malaysia

Sejarah Pengakap Malaysia Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo. F.C Sands di Singapura ( 1910 ) H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 ) I.R Wheeler di Perak ( 1926 ) E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922) R. Brunnston di Melaka ( 1925 ) Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 ) Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 ) A.J Cracle di Terengganu ( 1926 ) Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 ) Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 ) Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 ) Sarawak ( 1915 ) Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. Sejarah Pengakap Dunia Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84. Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Febuari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan Bekas : Mejar Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Thursday, August 5, 2010

Minggu Aktiviti

Tahun ni Minggu Aktiviti berjalan ngan meriah gak. Ni first time bersama-sama di tempat baru. So new experience gak dapat di PS. Apa2 pun yg kawe handle dah beres (Kawad).Ni still zz ngan aktiviti pelajar lg. Caiyooo...

Monday, July 12, 2010

Bola Oh Bola

Eeemmm...smalam penamat segala ketidaktentuan tido Chigu. Malang sekali yang disokong tak menang pun. Tp takpe kita bagi 'chance' kat Spain sbb sane byk gak player kelab Chigu - Barcelona. Pasni plak Chigu pun bertarung bulan August ada ujian pertama. Minta2 sume berjalan OK....EXAM daaa....heheheee. wish me luck. Yang kalah bola jangan sedih sbb kena gak keje pun bagi yang menang kan2...

Monday, June 21, 2010

Back To School

After being cuti2 Sem 1 (walaupun chigu x becuti pun waaaaa...), terasa banyak benda tak tersettel lagi tu. Baru td dok antar material nak bt jadik references time ngajar nt. Ape2 pun mmg nak komen n update this blog after settle few thing neh...SELAMAT KEJE...