RENUNGAN :: SAHABAT! APABILA DUA INSAN BERKONSI SEGALA MIMPI,PENDAPAT,KETAKUTAN,KEGEMBIRAAN DAN SEDIHAN MEREKA BARU LAH DI NAMA KAN SAHABAT YANG SEJATI ::

GURU

Kamus Dewan (1989) guru - diertikan sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid, dan sebagainya. Manakala, perkataan keguruan - sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Misalnya, masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan (iaitu peranan dan tugas guru) yang luhur.
Berdasarkan konsep profesion, perguruan dan keguruan dihuraikan, profesion keguruan bolehlah diertikan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas, misalnya latihan dijalankan dalam maktab perguruan. Manakala, profesion keguruan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.