RENUNGAN :: SAHABAT! APABILA DUA INSAN BERKONSI SEGALA MIMPI,PENDAPAT,KETAKUTAN,KEGEMBIRAAN DAN SEDIHAN MEREKA BARU LAH DI NAMA KAN SAHABAT YANG SEJATI ::

FPK

Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1988 telah dikemaskinikan. FPN menerusi Akta Pendidikan 1996 melakukan sedikit penambahan perkataan namun sifatnya yang mantap masih dikekalkan. FPN seterusnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
(Kementerian Pelajaran Malaysia 1996)